AishaSays

Thursday, November 21

Jodoh


Jodoh
"Dan jika kau jodohku 
yang tertulis di Luh Mahfuz, maka itulah ia.
Aku mencintaimu seadanya.
Kita tetap akan bertemu
jika Allah menghendakinya."
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang...
Assalamu alaykum ya ummah...

Jodoh itu ketentuan Ilahi tetapi kita sebagai hamba-Nya haruslah merancang meski Dia yang menentukan. Hari ini, ayuh, bacalah apa yang ingin saya coretkan mengenai jodoh pada pandangan sendiri :)


Fitrah kita sebagai manusia untuk jatuh cinta dan saling memerlukan. Orang selalu berkata, "adanya dua jiwa saling melengkapi." Benar juga ya? Yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tahu kemampuan makhluk ciptaan-Nya. Menurut saya, setiap pasangan itu mempunyai kelainan yang tersendiri dan kelainan itulah yang membawa kepada kesempurnaan dan kebahagiaan sesebuah hubungan. Kelainan yang dinyatakan terdapat 2 erti yakni kelemahan dan kelebihan seseorang individu. Saya tidak perlu pergi jauh, cukup sekadar melihat mak & ayah dirumah. Ayah seorang yang pendiam, manakala mak seorang yang suka bercakap dan berbual. Ayah berkulit hitam manis manakala mak berkulit cerah. Ayah seorang yang tenang manakala mak seorang yang ...kuat menasihati (hehe maaf ye mak). Ayah seorang yang sempoi dan sering menyokong tanpa sebarang bantahan manakala mak, ada saja yang nak disampaikannya. Lihat tidak dimana kekurangan dan kelebihan mereka? Allah itu Maha Adil. Tidak seronok juga jika masing-masing pendiam dan tidak boleh jadi juga jika dua-dua panas baran. Pasangan yang sering bergaduh itu sering mengundang kepada penceraian andai salah seorang dari mereka tidak mahu mengalah. Jika sedang di dalam pergaduhan, dua-dua masih panas, jika seorang mengambil langkah untuk berlembut, insha Allah keadaan akan membaik. Sebagai seorang isteri, jangan sesekali kita meminta cerai dan sebagai suami pula janganlah terlalu seronok mengugut untuk menjatuhkan talak. 


Kita digalakkan untuk berdoa agar memiliki jodoh yang kita ingini. Bererti orang atau kriteria yang kita ingini. Seringkali kita dengar "lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya." Ini adalah berdasarkan Surah An-Nur ayat 26. Ini adalah kata-kata Allah maka pasti benar. Pada saya, jika seorang perempuan solehah dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak baik (selalu ada dalam novel kan?), itu adalah ujian buatnya. Adakah dia mampu berdakwah kepada suaminya sendiri? Adakah dia mampu membantu suaminya kembali ke pangkal jalan? Atau dia pula yang terjebak mengikut suaminya? Jika dia mampu membantu suaminya kembali ke pangkal jalan, maka usahanya tidak sia-sia. Suami sudah jadi orang baik dan hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir ayat. Itu juga jodoh. Dia perempuan yang baik, suaminya AKHIRNYA menjadi orang yang baik. Ujian Allah itu datang dalam berbagai cara. Begitu juga dengan rezeki. 

Zaman sekarang ini, ramai pasangan yang hangat bercinta. Ada yang bercinta sampai berpuluh tahun tapi berkahwin setakat seminggu. Ada pula yang melaksanakan taaruf yang singkat tetapi perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat. Aneh kan? Kalau tidak ada jodoh, nak buat macam mana kan? Kita sebagai umat Muhammad diajar untuk berdoa dan yakin dengan rancangan Allah. 


"Kita merancang. Allah juga merancang. Tetapi, Allah adalah sebaik-baik perancang."

Bagi yang belum ada teman istimewa, anda mesti tak sabar nak tunggu masa itu kan? Haa, saya pun pernah merasainya juga tapi saya sampai sekarang pun tak ada teman lelaki. Tak mengapa sayang. Janganlah risau. Bercouple zaman sekarang dengan bercinta zaman dulu lain. Zaman dulu kalau nak berpacaran, bawa jumpa mak ayah, ajak datang makan dengan keluarga. Zaman sekarang ni, tahu-tahu je mengandung. Bila masa dia kahwin pun tak tahu. Keadaan sekeliling menyumbang kepada masalah seperti ini. Kalau nak bercinta mengikut cara Islam, memang amat terbatas kelakuanmu tetapi jika difikirkan balik, banyak sangat kebaikannya. Percayalah. Bagi yang masih berada di usia 18-21 tahun, bersabarlah. Anda masih muda. Usah terburu-buru mencari cinta kerana kalau terburu-buru, kita akan salah pilih. Takkan nak main 'cekup' aja sebab nakkan status 'sudah berpunya'. Doa, buat solat hajat minta pada Allah agar dijauhkan dari fitnah dan zina. Moga kita mendapat jodoh yang terbaik. 

Kita selalu nyatakan: nak yang kaya, cantik, jelita, kacak, tampan, comel, pandai, soleh (boleh jadi imam semualah), senang cerita, Mr. / Mrs. Perfect!

Ya, tidak salah untuk kita memperincikan kriteria yang kita inginkan tetapi, kita juga haruslah menjadi seperti idaman mereka. Maksudnya? Maksudnya begini, umumnya kriteria yang setiap manusia mahukan pada pasangan adalah perkara yang sama, betul tak? Kaya, cantik, bijak, soleh solehah dan sebagainya. Ada ke orang doa supaya dapat jodoh yang kurang lawa atau kurang bijak? Tak ada kan? Oleh itu, jagalah iman, taqwa, ibadah, tutur kata kita. Apabila akhlak dan ibadah kita terjaga, secara automatic kita akan tampak cantik. Perempuan menutup aurat dengan sempurna, tutur kata lembut, pandai memasak, mengasuh anak, bijak pula tu. Lelaki pula bekerjaya, berlemah-lembut, hormat orang. Haa, kan bagus kalau kita sendiri cuba memajukan diri terlebih dahulu berbanding meletak harapan yang tinggi pada orang lain. Tak begitu? 

Sebagai salah seorang yang masih belum mempunyai teman istimewa (baru 18 tahun), kadang-kadang hati ni teringin juga nak berbunga-bunga. Teringin juga nak bercakap dengan telefon lama-lama, keluar makan, naik kereta pergi jalan-jalan, ajak datang rumah makan-makan dengan famili tapi apakan daya, belum tiba masanya, belum jumpa orangnya. Tapi bila difikirkan kembali dan setelah membaca beberapa karya, ada baiknya juga kita masih belum terjebak dalam hal sebegini. Maklumlah, dunia zaman sekarang kan. Orang selalu kata, jangan bercinta masa sekolah sebab nanti masuk universiti ada lagi banyak pilihan (tapi sampai sekarang belum jumpa pun). Okey, saya juga berpegang pada itu tapi tak 100% lah. Ini baru di Malaysia, manatahu ada rezeki sambung degree kat luar negara. Ke terjumpa masa dah kerja ke kan? Ini semua urusna yang Maha Esa. Kita usaha, doa, tawakkal. Bila minda penat memikirkan soal teman lelaki, mulut dan hati mula berbicara, "kalau ada, adalah. Percaya pada Allah. Ketentuan-Nya adalah yang terbaik." Ini tidak bererti saya putus asa tetapi saya redha. Saya tidak mahu kerana 'desperate' mahukan teman lelaki, saya rela menjalinkan hubungan dengan lelaki yang calang-calang (yang salah). Memanglah kita tak tahu hubungan tu sampai ke mana tapi kalau boleh, selidik, kenalkan dengan mak ayah, minta pendapat mereka kerana selalunya mak ni instinct dia hebat sikit. Buatlah solat istikharah, minta petunjuk. Tanyakan kawan-kawan tentang pendapat mereka. Haa, pendapat kawan pun penting juga ya. Kadang-kadang mereka tahu apa yang kita tak tahu. Kalau ada dengar cerita kurang enak, jangan tuduh melulu, siasat dulu. Barulah adil. Bersederhanalah ketika bercinta bagi yang belum kahwinlah. Nanti frust menonggeng, fikiran celaru, terjun bangunan pula.

Kesimpulannya, kita haruslah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Berdoalah agar Allah memberikan yang terbaik buat diri kita. Berkasih mengikut cara Islam adalah yang terbaik dalam menjaga hubungan sesama manusia yang masih belum punya sebarang ikatan yang sah. Jangan terburu-buru dalam menjalinkan sesuatu hubungan. Bagi kaum Adam pula, kalau ada niat nak menikahi wanita itu, bolehlah bercinta (harus berlandakan syarak ye). Kalau setakat nak ada 'makwe' bawa naik motor wenggg sana wenggg sini, baik pergi main futsal! Kaum Hawa pula, jangan mudah terjerat dengan ayat manis mereka. Semuanya sweet talker tapi bila ajak kahwin, semua berdalih. Only then you know where you stand, ladies! Macam saya pula, saya suruh mak yang carikan. Mungkin ramai yang rasa saya ni ketinggalan zaman. Yalah, sekarang ni semua bercinta bagai nak rak, nak kahwin baru bawa datang rumah kan? Cara saya lain. Walaupun saya tak pernah merasai cinta dari seorang lelaki ajnabi, saya agak paranoid sikit. Saya jenis yang susah nak percaya lelaki terutama yang menanam tebu ditepi bibir. Kalau setakat kawan biasa dalam kelas tu biasalah. Pada pandangan saya, seorang ibu yang bersusah-payah membesarkan anak gadisnya pasti inginkan pemuda yang BENAR untuk menjadi penggalas tanggungjawab seterusnya. Bukan hanya anak perempuan tetapi anak lelaki juga cuma anak perempuan ni lebih sikit la. Seorang ibu akan memastikan agama, keturunan, latar belakang pemuda tersebut. Dari pandangan mata ibu, rupa paras yang dipilih pasti sedap mata memandang. Kalau ibu yang pilih, insha Allah semua urusan akan menjadi senang kerana disertai dengan restu dan redha Ilahi. Tidak mungkin seorang ibu akan memilih bakal menantu yang sembarangan. 

" Kalau kita ada jodoh, kita tetap akan ketemu. Tak kiralah betapa hebat kita cuba lari atau elak. Allah sentiasa punya cara. Kita takkan dapat escape. Jodoh kita dah tertulis di Luh Mahfuz. Sebagai insan yang lemah, kita teruskan berdoa dan berusaha memperbaiki diri, okey? Orang kata, kalau dah jodoh tak kemana. Jadi, awak janganlah risau sangat. Have faith in Allah!"

Itu sahaja buat kali ini. Moga kita bertemu lagi. 
Maafkan jika punya salah dan silap sesungguhnya saya ialah manusia yang sentiasa ingin memperbaiki diri
Insha Allah
Laila saeda wa ahlam ladida
Assalamu alaykum...
Cinta- Aisyah M. 

Wednesday, November 20

Keep Smiling!


Aisyah M.- Keep Smiling!

Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah, The Most Gracious & Most Merciful
Assalamu alaykum ya ummah...


How are y'all doing? Great? Alhamdulillah for another day, another air to continue breathing. I hope you are all in the pink of health, insha Allah. I have been very busy lately as I am starting a small business at my campus. I will be selling wide shawls and 'jarum peniti'. So, I have to do some photo shoot with my best friend, Nursofia Farhana. Above was part of the photo shoot. hehe :D yeah, we took a break. Allah, it was tiring I'm telling ya! But Alhamdulillah, everything went good. After this, I'll be doing some coding for the shawls, I have to prepare mom's copy of the coding and stuff. Fuhh, busy week it is. Glad that me and Sofia settled up our payment for second semester. Basically, things for university are done (shopping, payment, college, course registration etc), Alhamdulillah.


Now, back to the topic- Keep Smiling!

Why?
Because it's beautiful, but mostly...
Because it's sunnah :)

Smiling isn't that hard yknow! It's free yet pretty. As we often hear, "Smiling is a charity." Yes, indeed it is a charity? How?


Imagine this:

You are so out of mood to go to work, school or college or anything. As you walked out the door of your house, your amazing neighbor smiled at you. What would you feel? I'm pretty sure you'll smile back (well, it's kind of harsh if you don't) and trust me, you will feel better. See? Your neighbor did a charity to you by just smiling and you're now up with good mood. If you, yourself smile at others, they will feel the same. They will reply you and feel good about it. Come on, a smile isn't that hard! 

Okay, I got this one from Twitter @Fact:

"Seeing someone smile stimulates your brain with pleasure the same as eating 2000 chocolate bars or receiving $25000 cash." 


The fact has spoken. What are you waiting for? Take a deep breath and smile. Trust me, things will get better. It might be stormy now but it can't rain forever. If you are down with some problems that ruin your day, everything you do does not seem to be right, that is normal. Everybody faces the same thing. What you have to do is take a minute and close your eyes. Give your mind a break. Just pamper yourself with some hot chocolate or a bar of candy. Listen to some catchy music. Go out to get fresh air & SMILE! That is the most important thing after all. When your mind is ready, it will be able to re-organize things. When your mind is ready, you will somehow see things clearly and solve problem easier. 



In my opinion, smiling will help you to gain better mood for the day and make you look more beautiful. A person with a sincere smile will look so much prettier than they really are. They will also look younger! Surprisingly, this will also encourage others to smile. Smiling is not just to reply people but also to brighten up our days. From my experience, people are more likely to talk with a person who loves to smile & a person who smiles often are likable and lovable! 




So, what are you waiting for? Have you smiled today; even just for yourself? If you have not, let's do this! Look at the mirror and start smiling. You are beautiful! 


I've got to hit the bed now. Till we meet again.
Forgive me for my mistakes as I am flawful. 
Laila saeda wa ahlam ladida :)
Assalamu alaykum...
Love- Aisyah M. 

Monday, November 11

Meet Her :)






Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah, The Most Gracious & Most Merciful,
Assalamu alaykum ya ummah,


"To me, best friends are like shining stars. They twinkle at night when the sun leaves you alone and darkness won't leave you. They might be far apart but you know they are always there. Look at the stars, look at how they shine for you. Look at your besties, look at how they stood by you. Say thank you, it isn't that hard. You might fight with them but in the end, you guys end up comforting each other. Best friends are like true love, love at first sight. You can hate them but trust me, you can never stop loving them. For some reasons, they have taught you a lot of things that you couldn't see. Best friends judge, complain, compliment and tell you the truth. You share a lot of things; general to private. Almost everything- compared to what you share with your family. At times, they understand you more than anybody else would. They are imperfectly perfect ;) They are the ones who you can have long convos at night, take silly pictures with, eat all fattening-food together, walk around just for a talk, listen to your idiotic sarcastic jokes and more! Oh, I bet you know that yourself. People says that best friends are like shadows. Shadows leave us when the darkness has arrive." 

But Alhamdulillah, all praises to Allah SWT, MY best friends didn't do as such. Let me introduce you to my very BEST friend, Dharma Nur Sahira Dharma Mulya. She is one of the most beautiful creature I have ever met in my life. She is a gift from Allah SWT to me. Syukran ya Ilahi :) It was kinda hard for us to get along the first few months since we first met but then, as time pass by, we learned from our mistakes. We will not let ourselves argue for more than a day! After some fights, we tend to understand each other more and more. We share almost everything- secrets, love, opinions, stories, experiences, jokes, advices, tips, hijab style, ALMOST everything! I am short tempered but she isn't. I am fierce but she is not. I am short, she is tall...so & so. We both get along. You know, I have this HUGE problem with my self-esteem. I always tell her that I am not pretty but she never fails to tell me that I am beautiful and that she wants me to be myself. Oh Dharling! Thank you for everything! You know how much I love ya, you know how much you mean to me. Okay, this is something exciting! You always dream that one day, when we have stable economy in our lives, we would travel together all around the world. Also, we would make our kids as best friends as we are now! That is one wonderful dream! Dharma, if you're reading this, I really hope you know that this is dedicated to you. And to all readers out there, please do appreciate your friends, people around you. You might lose the chance to meet them the next day, yknow. Say Alhamdulillah for having them in your life. Tell them how much they mean to you, tell them you love them. You might sound ridiculous but somehow I'm pretty sure you'll put a smile on their faces and eventually will brighten up their days! Let them know they are loved. Let them know somebody cares about them. The world isn't made for loneliness. We are One Ummah, Alhamdulillah. 

I guess that is all for now. Most posts are coming for you to read. Thank you so much for spending your time here. 
Love- Aisyah M. 

Assalamu alaykum